Menu Utama
kalendar
Info - Webmaster
Kaunter Pelawat

   pelawat

   pelawat online

home.gifSelamat Datang ke Dee Z Trading Agency

Laman Utama.gif

 

Dee Z Enterprise (Trading Agency)

Menyediakan perkhidmatan membekalkan produk keperluan yang diperlukan seperti :

  • Lembu
  • Lintah
  • Sayur-Sayuran
  • Benih Ikan Keli
  • Ikan Ketutu
  • Baja Organik

news.gif 2 berita terkini


Pembukaan Stor Baja - oleh NazirTechno

Baru-baru ini Dee Z Enterprise (Trading Agency) telah membina sebuah stor baja dimana syarikat kami sendiri akan mengeluarkan satu produk baja baru yang boleh diguna pakai untuk apa jua jenis tanaman.. Produk baja baru ini dijangka akan mula diproses pada bulan march ini dan akan mula dipasarkan di seluruh kawasan utara terlebih dahulu....Kepada sesiapa yang ingin mengambil stok baja secara pukal dengan harga borong dan berpatutan, sila hubungi 019 430 2773 / 017 500 9535 (Fuad)

... / ... Baca lagi...


Pelancaran Web Portal - oleh nazirtechno

Web portal Syarikat Dee Z Enterprise (Trading Agency) ini dibangunkan pada 21 Disember 2008 bagi memudahkan pelanggan untuk berhubung secara online dan secara terus dengan Syarikat Dee Z


blog.gif 5 Nota terbaru

Lintah - oleh NazirTechno

LINTAH


Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perbatan paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.

Beberapa dekat yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.

 

Biologi Lintah

Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakkan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.

 

Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Factor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotic yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bacteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotic untuk membunuh bacteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

 

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

 

Fakta Lintah

  1. terdapat 650 spesis lintah
  2. lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
  3. kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
  4. lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
  5. lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor
  6. tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
  7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
  8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
  9. Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
  10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
  11. Lintah akan memgembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
  12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba
  13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
  14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
  15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
  16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
  17. Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 22/12/2008 @ 16:44  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ?   Prebiu  Cetak 

Benih Keli - oleh nazirtechno

PEMBENIHAN

 

Secara asasnya, pembenihan ikan keli adalah proses persenyawaan telur secara aruhan. Ia adalah untuk tujuan komersial. Ikan keli boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang di perolehi adalah sedikit.

 

Untuk tujuan pembenihan, ikan yang di pilih haruslah mencapai tahap kematangan iaitu sekurang-kurangnya berumur empat bulan. Pemilihan induk juga penting bagi menghasilkan benih yang sihat dan tahan keadaan.

 

Bilangan telur bergantung kepada saiz induk betina. Ianya boleh mencapai 30,000 hingga 70,000 biji telor bagi seekor induk betina.

 

Kolam2 asuhan perlu di rawat terlebih dahulu sebelum memasukan telur2 ikan ini supaya dapat membasmi pemangsa.

 

Telur-telur ikan keli ini hanya mengambil masa satu ke dua hari untuk menetas. Penjagaan dan pemakanan benih adalah penting bagi tumbesaran ikan keli ini.

 

Apabila mencapai saiz 1 inci, benih2 ini akan di asingkan untuk pembesaran lanjutan atau untuk penjualan secara komersial.

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 22/12/2008 @ 16:24  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ?   Prebiu  Cetak 

cadeau.gifHubungi Kami

 DEE Z ENTERPRISE (Trading Agency) (AS0177977-H)

No. 10, Block B, Kompleks LKIM,

060500 BUKIT KAYU HITAM, Kedah

Tel/Fax : 604-922 2195

Email : dzfuad@yahoo.com   URL : www.dee-z.com

 

Hubungi Kami :

019 430 2773 / 017 500 9535 (Fuad)


Pengenalan

Tutup Tentang Kami

Tutup Lokasi

Tutup Qoutation Kenderaan

Perkhidmatan

Tutup Hidupan Akuakultur

Tutup Lembu

Tutup Sayur-Sayuran

Tutup Lintah

Tutup Baja Organik

Tutup Getah

Tutup Makanan Haiwan

Ruangan Sembang

ShoutMix chat widget
Ruang Ahli

Sambung semula
---

Nama anda :

Kod rahsia anda


 Bilang ahli 1 ahli


Dalam Talian :

(tiada sesiapa)
^ Atas ^